Saya pasti bahawa anda semua tahu apabila anda klik kanan pada desktop anda atau di dalam tetingkap explorer yang terbuka, pilihan untuk Refresh pasti akan muncul di dalam konteks menu tersebut. Tapi tahukah anda, pilihan Refresh ini telah wujud lama sejak dari generasi sistem operasi Windows terdahulu!
Pernahkan anda tertanya-tanya apa pilihan Refresh ini sebenarnya? Apa tujuannya? Adakah ia mengemas kini desktop Windows anda dan sekali gus menyebabkan sistem berjalan dengan lebih lancar? Adakah ia menjadikan Windows anda lebih cepat? Atau mungkin anda terfikir bahawa ia akan mengosongkan memori komputer anda atau memuat semula RAM ...? Jawapannya? Tiada 1 pun. Ya, tiada 1 pun antara persoalan di atas ini yang menerangkan fungsi sebenar pilihan Refresh!
Apakah Fungsi Sebenar Pilihan Refresh?
"Desktop" atau paparan utama yang mana wallpaper, taskbar dan icon-icon anda semua berada hanyalah satu folder biasa yang berada dalam sistem operasi Windows. Ia diprogramkan untuk auto-refresh apabila kandungannya berubah. Apabila isi kandungannya berubah, desktop anda akan auto-refresh secara automatik. Tetapi terdapat sesetengah kes di mana anda mungkin mendapati bahawa desktop atau folder anda tidak auto-refresh, contohnya folder di desktop yang anda baru sahaja gerakkan ke recycle bin masih berada di desktop di mana ia sepatutnya hilang.
- Anda mungkin perlu untuk Refresh desktop anda secara manual dalam keadaan berikut:
- Desktop tidak memaparkan fail atau folder yang baru anda buat, gerak, padam, dinamakan semula atau diubah kandungannya.
- Selepas anda menyusun ikon desktop anda.
- Anda mendapati bahawa ikon desktop anda bermasalah.
- Fail yang telah diubah atau dicipta oleh sesetengah perisian pihak third party tidak muncul.
- Dan mana-mana situasi serupa di mana kandungan desktop atau folder tidak berubah seperti yang disangkakan.
Dalam kes-kes di atas, apabila anda tekan F5 (shortcut untuk Refresh) atau klik kanan pada desktop Windows anda dan pilih Refresh, biasanya keadaan akan menjadi seperti sedia kala. Refresh desktop atau folder secara manual juga menyebabkan isi kandungannya disusun dan dikemas kini secara automatik.
Mengapa Sesetengah Orang Sentiasa Menekan Butang Refresh Secara Berkali-kali?
Anda mungkin perasan bahawa terdapat beberapa orang yang gemar menekan butang refresh secara berkali-kali. Ia telah menjadi habit, untuk menekan butang refresh desktop sebanyak 3, 4 kali. Ada antara mereka yang menekan butang sehingga 1, 2 minit! Bayangkan berapa banyak masa yang terbuang dan apa yang anda boleh lakukan dengan komputer anda dalam masa itu! Anda mungkin perasan tabiat ini popular terutama di kalangan Jurutera Komputer atau Juruteknik yang begitu taksub dengan pilihan Refresh - hampir menjadi satu kegilaan.
Apakah penerangan terbaik untuk keadaan ini? Tiada sebab mengapa anda perlu ikut sama. Ia hanyalah satu tabiat dungun, mereka perlu belajar untuk berhenti.
Adakah anda mempunyai mana-mana rakan yang turut tergolong dalam tabiat ini? Ye, kongsi info ini dengan mereka. Lagi cepat lagi bagus.
Sumber: Gempak.org
0 ulasan:
Catat Ulasan