Labels

Sabtu, 29 Disember 2012

Kenapa ilmu yang kita dapat tidak lama melekat dalam minda?

Tujuan kita belajar untuk apa? Allah ataupun disandarkan untuk sesuatu perkara. Sebagai contoh, saya nak belajar rajin-rajin sehingga berjaya masuk universiti semasa di bangku sekolah. 

Alhamdulillah, hari ini saya telah pun masuk universiti. Tapi persoalannya kini, selepas masuk universiti, apakah tujuan untuk saya belajar?? satu persoalan yang sentiasa bermain di minda saya. Saya akui silap saya, menentukan matlamat hanya untuk sementara sahaja, bukan untuk sesuatu perkara yang tetap. 


Apabila kita capai satu tahap yang kita impikan, kita mudah hilang fokus dan arah tuju. Maka terjadilah belajar untuk exam dan lain-lain kes. 

Justeru, sy ingin mengingatkan diri saya dan rakan-rakan, menentukan matlamat hidup adalah penting sekali dan seharusnya niat kita itu, sandarkan kepada satu perkara yang pasti, iaitu untuk Allah Azawajallah.

Ikhlas,
Idham Mahdi
 

0 ulasan: