Labels

Isnin, 30 Mei 2011

Trojan Remover

Hari nie nak share satu software berkenaan Trojan Remover.

Kalau korang rase PC korang laen macam ke ape, korang boleh try software nie.

Manalah taw kot2 ade virus yg bername “TROJAN”

Kalau korang nak tau macam mane nk kesan ade virus ke tak der, korang boleh pegi kat web NIE

>>>Peringatan<<<

---Software nie bukan penganti kpd anti-virus, ia hanye sebagai alat tambahan sahaja--- Jgn sesekali menekan butang UPDATE

Mule2, download software tu kat SINI (klik SKIP AD lepas 5 saat)

1. Pastu, extact file tersebut, kemudian, klik pada software yg bername: trjsetup681.exe

Trojan01

2. Apabila selesai jer download, sila tutup software tersebut untuk crack nak software tu.

pergi kat My Computer>Program Files>Trojan Remover

Copy kan dua bawah macam kat bawah dan paste kan kat folder Trojan Remover

Trojan4

Klik >>Yes to All<< tuk benarkan files tu replace

 

Trojan2

Dan enjoy dgn Trojan Remover

click image to close window

Scanning

Fast Scan

P/s: korang boleh juga pakai Keygen yg disediakan… Cuma perlu klik Trojan Remover>Register> Enter New Licence Information seperti kat bawah nie:

Keygen

Tp, Admin Syafiee tidak mencubenye, kerana telah mengikut tutorial di atas…

Ahad, 29 Mei 2011

Macam mane nak jaga Komputer atau Notebook/Netbook korang

Ade macam2 care, ikut korang lah nk jaga komputer korang masing2… Kalau boleh korang kenelah jaga dari luar dan dalam. Maksudnyer secara menyeluruhlah….

Kalau dari luar, korang kene pastikan bawah PC korang tak terlalu berhabuk di bahagian CPU mahupn kat Monitor. Sebabnyer habuk tu dapat memerangkap haba trus menyebabkan CPU korang jg makin panas dan BOM!!!! Meletop lah jawapnyer… kan susah kalau macam tu…

So, rajin2 lah bersihkannyer… sekurang-kurangnyer setiap 6 bulan…

CPU yg berhabuk

Kalau dari dalam lak, korang kene pastikan yg Hardisk korang bebas dari Virus, tu yg pertame. Kedua korang kene pastikan fail-fail sampah dan fail-fail yg korang tak gune di hapuskan secara menyeluruh(uninstall software2 yg tak digunekan)… Baru lah prestasi PC korang meningkat… tak lah korang asyik komplen yg PC korang lembab ker ape ke….

Paling senang korang pakai Software CCleaner… Mudah dan cepat…

 

 

Kalau nk download software nie… boleh klik Download kat bawah….

DOWNLOAD

(klik SKIP AD lepas 5 saat)

 

Semoga korang enjoy~

Sabtu, 28 Mei 2011

Blog UPDATE!!! Version 2 dan Cara penggunaan Subtitle Workshop

Alhamdulillah… Seperti yg dijanjikan akhirnye blog nie dah di’update’kan. Banyak perubahan yg berlaku…. Walaupun ambik masa tuk edit2, maen2 ngan kod yg seronoknyer byk perkara dapat blajar…

Ok, pada hari nie kite tgk 1 software yg boleh kte buat subtitle dan edit subtitle…

Software nie namenye “Subtitle Workshop”



Bg Admin Syafiee, nk blajar tentang software nie mudah jer… .. nak taw kenapa?

Jawapannyer senang jer… >>> Sebab ade video tutorial mmg lah senang<<< hahahahaa (maaf nyer mmg tak klakar)

Kalau korang berminat ngan software tu, korang boleh Download kat bawah nie dan kat sini gak berserta video tutorialnyer…

Layanz~

Subtitle Workshop: DOWNLOAD (Klik SKIP AD lepas 5 saat)

Video Tutorial:


Rabu, 25 Mei 2011

Free SMS Only In Malaysia..!

Ok… hari nie Kelab ICT nk post bende yg agak manarik gak..

Seperti tajuk di atas, nie salah satu cara dimane kalau kredit kite habis, sedangkan kte ade emegency nk msg org, care terbaik ialah kite pakai jer care nie…

Tp, sebelum korang nk gune, korang kenelah register dulu… bile dah register, baru gune…

image
Kalau berminat boleh klik link kat bawah nie…
..::Most SMS::..
(Klik SKIP AD lepas 5 saat)

Selasa, 24 Mei 2011

UnHackMe 5.9 tool for make ur PC safer :)

UnHackMe membolehkan korang untuk mengesan dan menghapuskan generasi baru program Trojan - Trojan tak terlihat. UnHackMe adalah software keselamatan yang sangat berguna untuk OS korang.
UnHackMe juga boleh mengesan backdoor atau rootkit..
Posted Image

Posted Image

Posted Image
Boleh download kat bawah nie..
Besar fail nie hanyalah 9.62 MB
Klik donwload untuk mendownload…
Selamat mencube dan menyedut…
Mediafire
(Klik SKIP AD selepas 5 saat)

Isnin, 23 Mei 2011

SpacetornadoKiller penganti Task Manager

Hah!!! ape khabar korang semua??? Malam nie Kelab ICT nk post satu bende baek punyer...
Pernah tak korang trima dimane Task Manager korang tak leh berfungsi... Tibe2 jer disable.... kalau kite pakai key kat keybord Ctrl + Alt + Del

Kadang2 tu datang dari virus.. so, kalau korang taw ape jenis virus tu, korang boleh delete lah sendiri pakai Spacetornado nie... pastu korang clean balik pakai anti-virus korang...

Posted Image

Kalau korang nk download, korang tekan dowload kat bawah..
Saiz nyer cume 44 kb jer... tak besau mane pun...
selamat mencube.... ^_^

Mediafire
Download

Sabtu, 21 Mei 2011

Sejarah Komputer

Sejarah perkembangan komputer secara elektronik sepenuhnya telah dikatakan bermula selepas tahun 1940. Ia dapat dibahagikan mengikut tarikh anggaran dan 5 generasi evolusinya :

Generasi Pertama (1940-1959)
Generasi Kedua (1959-1964)
Generasi Ketiga (1964-1980)
Generasi Keempat (1980 - Sekarang)
Generasi Kelima (Masa Depan)

GENERASI PERTAMA

Komputer awalan 40-an dikatakan merupakan projek kententeraan Amerika Syarikat. Ianya dikatakan diguna bagi menggantikan alat-alat pengiraan trajektori agar pantas dan tepat yang sebelum ini sering melakukan kesilapan. Saiznya amat besar dan dikelaskan sebagai Kerangka Utama (Mainframe).

Ia menggunakan tiub-tiub vakum bagi tujuan pemprosesan dan penyimpanan maklumat. Tiub vakum berukuran seperti mentol kecil. Ia cepat menjadi panas dan mudah terbakar. Jumlah tiub vakum yang diperlukan agar tidak menjejaskan operasi komputer adalah amat banyak sehingga mencapai ribuan unit. Ia juga memerlukan penggunaan elektrik yang amat banyak sehingga menggangu kelancaran arus elektrik di kawasan sekeliling.

Tiub Vakum ENIAC
Dalam tahun 1946, komputer elektronik digital yang pertama iaitu ENIAC (Electronic Integrator And Calculator) telah dicipta oleh Dr. John Mauchly dan Presper Eckert. Ia mengambil keluasan sebanyak 140 meter persegi, berat yang mencapai 30 ton, 130 Kilowatt tenaga dan menggunakan 18000 unit tiub vakum. Ia mempunyai keupayaan melakukan 5000 pencampuran dan 300 pendaraban sesaat mengatasi komputer-komputer lain (analog). Ia mempunyai ingatan yang disimpan diluar komputer dengan menggunakan suis dan wayar. ENIAC hanya digunakan oleh ahli sains dan jurutera terlatih sahaja.

Penyimpanan ingatan di dalam komputer atau lebih dikenali sebagai Konsep Aturcara Tersimpan (Stored Program Concept) telah dicadangkan oleh John Von Neumann yang menggunakan nombor binari (0 dan 1) bagi melakukan tugas pemprosesan dan storan.

EDSAC (Electronic Delay Storage Automation Calculator) telah menggunakan raksa yang dimasukkan di dalam tiub bagi menggantikan tiub vakum untuk penyimpanan ingatan. Ia lebih ekonomi namun terlalu mahal. EDSAC dimajukan oleh Cambridge University, England. Ia adalah komputer pertama yang menggunakan konsep aturcara tersimpan.

Dr. John Mauchly dan Presper Eckert juga telah membantu pembinaan komputer EDVAC (Electronic Discrete Variable Automatic Computer). Ia lebih cekap dari ENIAC dan mengurangkan penggunaan tiub vakum. EDVAC menggunakan sistem nombor binari dan konsep aturcara tersimpan. UNIVAC1 (Universal Automatic Calculator) yang juga ciptaan Dr. John Mauchly dan Presper Eckert telah dikeluarkan untuk memproses data perniagaan pada tahun 1951 bagi menggantikan komputer-komputer yang sebelum ini hanya digunakan bagi tujuan pengiraan. Ia menggunakan raksa untuk storan dan digunakan oleh Biro Banci Penduduk, Amerika Syarikat.

GENERASI KEDUA

Dalam generasi ini, komputer mula menggunakan transistor dan diod bagi menggantikan tiub-tiub vakum. Ia telah menjadi lebih kecil dan murah. Transistor tidak mudah terbakar berbanding dengan tiub vakum. Teras magnetik diperkenalkan untuk tujuan menyimpan ingatan. Teras magnetik menggunakan besi-besi halus yang dililit oleh litaran elektrik. Keupayaan pemprosesan serta saiz ingatan utama komputer juga bertambah besar. Ini menjadikan komputer lebih pantas menjalankan arahan.

Bahasa peringkat tinggi iaitu FOTRAN dan COBOL diperkenalkan bagi menggantikan pengaturcaraan dalam bahasa mesin yang sukar. Ia menjadikan pengendalian komputer lebih mudah. Permintaan komputer bagi tujuan pemprosesan data dalam bidang perniagaan mula meningkat. Masyarakat mula menerima komputer dan kerjaya dalam bidang komputer mula mendapat tempat. Universiti mula memperkenalkan pengajian sains komputer untuk melatih kakitangan mahir.

Famili kedua terbesar dalam kategori komputer iaitu Minikomputer mula dihasilkan. Harganya lebih murah berbanding dengan kerangka utama (Mainframe). Ia menggalakkan lagi penggunaan komputer dalam bidang perniagaan. DEC PDP-8 adalah komputer mini yang pertama dihasilkan dalam tahun 1964 yang kemudiannya dituruti oleh IBM (International Business Machine) dengan komputer mini mereka, 7090 dan 7094.

GENERASI KETIGA

IBM memulakan evolusi generasi ini dengan menghasilkan sebuah Kerangka Utama iaitu System/360. Ia mengandungi segala peralatan bagi tujuan pengaturcaraan. Ia dapat diguna dalam pelbagai tujuan samada sains, perniagaan atau lain-lain. IBM mula memonopoli industri pembuatan komputer. IBM System/360 ini memperkenalkan banyak ciri-ciri baru termasuklah penggunaan Sistem Pengoperasian (Operating System). Ia juga mengandungi stesen-stesen secara berasingan dan dikawal oleh sistem induk. Ia juga memperkenalkan Sistem Perkongsian Masa (Time Sharing). Melalui sistem ini, kesemua stesen-stesen mampu melakukan proses serentak.

Melalui penyelidikan mikroelektronik, transistor telah dapat dikecilkan kepada saiz mikroskopik. Beribu-ribu unit transistor dipadatkan di dalam kepingan silikon melalui proses Pengamiran Skala Besar (Large Scale Integration atau LSI) untuk menghasilkan litar terkamir atau lebih dikenali dengan cip. Cip mula menggantikan tansistor sebagai bahan logik komputer. Saiz cip yang kecil telah menjadikannya popular dan ia telah digunakan di dalam kebanyakkan alatan elektronik. Harganya yang murah menyebabkan banyak alatan elektronik jatuh harga dan kemunculan revolusi perindustrian kedua bermula.

Mikrokomputer, jenis terkecil dalam famili komputer mula muncul. Ia cepat popular kerana saiznya yang kecil, harga yang murah dan kebolehannya beroperasi secara sendirian. Ia mampu mengatasi ENIAC di dalam sesuatu tugas. Antara jenama-jenamanya terkenal seperti Apple II, IBM PC, NEC PC dan Sinclair. Ia mula digunakan dalam pemprosesan data perniagaan yang kecil. Banyak lagi bahasa pengaturcaraan muncul seperti BASIC, Pascal, C, Logo dan PL/1.

Mikrokomputer dibekalkan dengan cip ROM (Read Only Memory) secara bina-dalam (Built In) bagi membolehkan bahasa BASIC digunakan. BASIC mula popular sebagai bahasa pengaturcaraan. Perisian-perisian penggunaan bina-siap (ready made) mula digunakan bagi menyelesaikan sesuatu masaalah. Bidang pengaturcaraan mula menjadi antara bidang pekerjaan yang menawarkan gaji yang amat tinggi.

GENERASI KEEMPAT

Kita dikatakan sedang berada di dalam zaman peralihan dari generasi ketiga kepada generasi keempat. Di dalam generasi ini, cip masih lagi digunakan sebagai tempat penyimpanan ingatan. Walaupun begitu, ia telah menjadi lebih maju sehingga beratus ribu transistor telah dimampatkan ke dalamnya. Proses ini dipanggil Pengamiran Skala Amat Besar (Very Large Scale Integration atau VLSI).

Pemprosesan menjadi amat pantas sehingga berjuta bit sesaat. Ia juga telah memunculkan satu lagi kelas komputer yang dipanggil Superkomputer (SuperComputer) seperti Cray 1 yang kemudian dimajukan lagi seperti Cray XMP. Superkomputer menggunakan beberapa pemproses selari (parallel processor) yang berfungsi serentak. Ia banyak digunakan bagi membantu dalam kajian cuaca, senjata peperangan dan sistem kawalan pengkalan data yang amat besar.

Mikrokomputer juga menjadi lebih maju dengan mempunyai keupayaan ingatan sehingga 64 juta bait. Ia juga telah melahirkan beberapa jenis mikrokomputer yang lebih kecil seperti Komputer Buku (Laptop atau Notebook) yang mana saiznya hampir sama dengan sebuah buku rujukan. Mikrokomputer yang lebih kecil dari itu juga telah dilahirkan iaitu Komputer Tangan (Palmtop). Kepantasannya juga telah bertambah dari masa ke semasa.

Mikrokomputer juga telah dilengkapkan dengan peralatan 'multimedia' yang mampu menayangkan filem dan bunyi. Storan sekunder yang mempunyai kapasiti yang lebih besar diperlukan bagi menampung jumlah simpanan data yang makin bertambah. Komputer juga telah menjadi sesuatu yang biasa digunakan di pejabat ataupun dirumah bagi kerja-kerja seharian. Sistem Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network), Sistem Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network) dan Sistem Rangkaian Antarabangsa (International Network) juga telah dihasilkan. Ia telah menjadikan komunikasi dalam komputer lebih canggih di mana kita boleh masuk ke hubungan antarabangsa hanya dari komputer di rumah !.

Perisian-perisian bina-siap (ready made) telah menjadi suatu kemestian. Perisan-perisian bina-ubah (tailor made) juga diperkenalkan bagi membantu menyelesaikan sesuatu masaalah. Komputer menjadi lebih bijak dengan terciptanya perisian-perisian yang mampu membezakan pengguna dengan melihat pada corak dan warna Iris mata.

GENERASI KELIMA

Evolusi generasi kelima masih belum wujud. Ia hanya merupakan suatu impian masa depan. Walaupun begitu, projek-projek perintis untuk jangka panjang telahpun dimulakan seperti projek bandar pintar atau lebih dikenali sebagai Multimedia Super Corridor oleh Malaysia. Komputer dijangkakan lebih kompleks dengan ingatan yang berlipat kali ganda Terabait. Sistem pintar yang dipanggil 'Artificial Intelligence' akan mengambil alih tugas-tugas yang membahayakan atau memerlukan ketepatan yang lebih dari manusia.

Jabatan ketenteraan Amerika Syarikat juga telah mula merancang penggunaan robot di dalam peperangan, projek ini dikenali dengan nama 'Star Wars' ia juga menggunakan sepenuhnya penggunaan satelit. Robot-robot juga dijangka menggantikan manusia dalam kerja-kerja pengilangan seperti industri pembuatan kereta. Kad-kad pintar juga akan menggantikan semua dokumen-dokumen atau akaun bank pengguna. Di dalamnya mengandungi pelbagai informasi tentang pengguna tersebut.

Bahasa pengaturcaraan menjadi amat penting, dengan baris-baris arahan pengaturcaraan Pascal contohnya, kita dapat mengarahkan robot memilih di antara buah limau dengan buah epal menerusi arahan suara yang diberikan kepadanya !. Komputer juga dijangka menjadi suatu bentuk komunikasi yang canggih. Penggunaan 'video conference' dijangka akan digunakan sepenuhnya. Bandaraya pintar juga dijangka akan wujud di segenap negara.

Cara Mudah Untuk Mengesan Kedudukan No. Telefon....!!!!!

Hari nie kte pi tgk satu website nie:

Website ini dibangunkan oleh SunSat Satellite Solutions Co. Ianya berfungsi sebagai agen pencari. Anda boleh mencari dimana sahaja kedudukan no.telefon.Sistem dia terlalu mudah. Hanya masukkan Location (of coz la Malaysia.. takkan awek ko duduk Jamaica plak), then letak no Phone dia… Mana tahu kot gi lepak umah jantan lain ke.. boleh senangkan kerja JAIS.Jangan la lurus sangat ye, bukanlah bermakna menda ni leh guna untuk cari awek aje.. asalkan tahu nombor handphone sudey.. kerana sistem ni akan mengesan simcard tersebut dan memberitahu di manakah lokasi simcard itu termasuklah handphone. Boleh juga digunakan kalau handphone hilang atau dicuri..


Ini Website tu: KLIK SINI 
(Klik SKIP AD selepas 5 Minit)

P/s: sorry lah kalau korang terkene... hehehehe :P

Jumaat, 20 Mei 2011

Main Games Angry Birds Kat Google Chrome

Korang nk taw... skrang nie permainan Angry Bird dah boleh maen kat Pelayar Internet...
Tapi permainan nie hanye khas tuk Pelayar Google Chrome sahaje...

So, ape nk tunggu lagi... ce try pasang game nie... hanye klik button kat bawah nie...

Logo
Pasang Angry Bird ::Download::
(Klik SKIP AD selepas 5 saat)

Khamis, 19 Mei 2011

TeamViewer v6.0.10124 x86-x64 Silent Installs


Kali nie aku nk share satu software... Namenye TeamViewer...
Sofware nie senang jer nak gune... juz download dan klik tuk install... dalam beberapa saat jer dah dipasangkan...

Ok... aku terangkan fungsi software nie... 

Katekan lah pc korang ade prob... tp, korang tak taw nak repair... internet korang on, jd, korang nk panggil kwan korang yg duk jauh tuk repair mmg masak lah dia nak datang tempat korang... (kalau duduk dekat jer tak ape)

So, dgn software nie... kwn korang boleh repair laptop korang dari laptop dia...

Mcm mane nk gune?? senang jer... janji korang dan kwn korang ade internet dan ade software nie... kalau salah satu x ade, mmg tak boleh jawabnyer...

Posted Image
Bile korang dah install... korang yg ade masalah PC cume bgtaw ID dan password korang yg tertera kat TeamViewer tu... so, senang lah kwn korang nk tengok PC korang nk solvekan prob korang tu.... :D

Rabu, 18 Mei 2011

Portable Fhotoroom Artizen HDR v2.9.7 by Birungueta


Artizen HDR adalah software yg mudah untuk digunakan mengedit gambar yang hebat untuk membuat foto anda menjadi lebih menakjubkan. Ini boleh membantu anda memperbaiki pencahayaan, warna, dan masalah yg memutar belit dalam format seperti JPEG, Digital Camera RAW dan HighDynamic Range foto.


Artizen HDR is an easy to use powerful image editor that will make your photos stunning. It can help you fix exposure, color, and distortion problems for your JPEG's, Digital Camera RAW and High Dynamic Range photos. 

Donwload:
Hoffile

Sabtu, 14 Mei 2011

Portable Angry Birds 2011 untuk PC

Try main game nie... Biasenyer kte slalu tengok kat iPad jer... skrang nie kat PC pun ade...

Game nie kene lah download... 

Saiznye cume 33.77MB jer....

Kalau dah download.... PERINGATAN!!!

Korang kene exract file .rar tu...

pastu korang kene klik file nie [Install Nieh 1st.exe]

kalau dah install... baru boleh maen... n_n

Enjoy~

Download kat SINI