Labels

Ahad, 7 Ogos 2011

Tukar icon USB Pendrive & Cara setting background imej USB Pendrive

Tukar icon USB Pendrive
Untuk menukar icon pemacu USB, anda hanya perlu melakukan sedikit konfigurasi ringkas pada pemacu USB anda. Kaedah ini boleh juga digunakan untuk memory card, sila ikut setiap langkah di bawah ini :



1)- Sediakan imej yang telah di tukar kepada format icon (.ico). namakan imej kepada icon.ico


2)- Buka notepad dan taip semua kod seperti di bawah ini, kemudian save kan fail notepad ke = autorun.inf
P/s: Klik File > Save As… > Pada Box “ Save As Type” itu tukar kepada “ All Files” > dan diikuti dengan File Name sebagai “autorun.inf”


Sedikit tip ringkas cara untuk tukar icon pemacu USB, setiap kali pemacu USB dihubungkan ke komputer akan keluar default icon (icon disk) di My Computer, default icon sememangnya kurang menarik.


Label = tukarkan kepada nama yang anda gemari

3)- Copy kedua-dua dokumen (fail notepad autorun.inf dan icon.ico) ke dalam pemacu USB anda, jika anda mahu hilangkan kedua-dua icon dalam pemacu USB, klik properties dan tick kan hidden fail dan klik OK.



Kemudian, remove pemacu USB dari komputer dan hubungkannya semula. kini icon pemacu USB telah bertukar kepada imej :



Cara setting background imej USB Pendrive


Setiap pemacu USB Pendrive telah di setkan dengan background putih sama seperti background folder dalam windows. Mungkin anda sudah bosan dan ingin menukar background USB Pendrive kepada background imej yang pasti akan kelihatan lebih menarik berbanding background kosong yang bewarna putih. Jadi bagaimana cara untuk set background imej pada USB Pendrive?. Jika anda hendak tukar background USB Pendrive kepada background yang lebih menarik, anda perlu melakukan sedikit konfigurasi pada USB Pendrive anda. Cara yang akan saya tunjukkan di bawah ini boleh juga di gunakan pada Portable Hard Disk.
Ada 3 langkah mudah :

1)- Copy kesemua kod di bawah yang bewarna merah,dan paste kan dalam notepad, kemudian save kan fail notepad ke dalam pemacu USB Pendrive anda (namakan fail notepad kepada desktop.ini)… pastikan anda menyalin semula Double Quotes seperti ini ” } ]… salin sama seperti gambarajah di bawah :

[{BE098140-A513-11D0-A3A4-00C04FD706EC}]
iconarea_image=”back.jpg”
iconarea_text=”0xFFFFFF”





P/s: Klik File > Save As… > Pada Box “ Save As Type” itu tukar kepada “ All Files” > dan diikuti dengan File Name sebagai “dekstop.ini”

2)- Pilih dan copy mana-mana imej pilihan anda, paste kan ke dalam pemacu USB Pendrive dan namakan imej tersebut kepada back.jpg


3)- setkan kedua-dua fail tadi (notepad & imej) kepada Hidden files. caranya klik kanan pada kedua-dua fail dan pilih Propertise >> Hidden Files.

Siap!..untuk melihat hasilnya,anda hanya perlu refresh. Hasilnya akan jadi seperti ini (contoh) :

Untuk Pengguna Windows 7.. Korang boleh try Altenatif lain.. Korang boley rujuk website kat bawah nie:
Cara Menukar Latar Belakang Folder Kepada Gambar (Windows 7)
Selamat Mencuba

Dipetik dari : pcislam.com & mrpiratz.com

0 ulasan: